GUBAHAN HATI
Beta bertanam bunga cempaka
Di tengah halaman tanah pusaka,
Supaya selamanya ,segenap ketika
Harum berbau,semerbak belaka
Beta berahi bersuka raya
Sekiranya bunga puspa mulia
Dipetik handaiku,muda usia
Dijadikan karangan nanpermai kaya.
Semenjak kuntuman,kecil semula
Beta berniat buat pahala
Menjadikan perhiasan,atas kepala
Ooo,cempaka,wangi baunya
Mari kupetik seberapa adanya
Biar kugubah,waktu lagi muda
Tidak ada komentar:
Posting Komentar